Wednesday, June 16, 2010

Rumah Oh Rumah..

Hari ni penat jugak ler selepas ke sana sini, meeting, jumpa client, jumpa bankers, then pergi rumah aku yang tengah under construction tu.. seronok jugak bila tengok kerja renovation berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah..

Kali ni aku nak tulis benda yang dah lama aku nak tulis.. cuma kesuntukkan masa jer.. Sekarang ni aku tengah buat renovation rumah aku.. Sejarah rumah ni panjang ceritanya.. Aku beli rumah ni dah lama dah.. Tarikh aku beli rumah ni 1.11.2007.. Mula mula bayar booking RM1000.. Keputusan nak beli rumah ni dibuat dengan wife aku.. rasanya kejap jer.. call agent, then masuk rumah tengok then berkenan then bayar deposit.. masa tu langsung tak pikir cukup ker idok pulus nak masuk rumah.. but we both just being gang ho.. beli jelah.. esok-esok pandai ler aku nak cari duitnyer.. Alhamdulillah walaupun proses tu taklah berapa smooth.. tapi akhirnya dapat gak aku nak masuk rumah ni.. selepas 2 tahun lebih aku kumpul duit sikit then dapat start dah.. bukan apa.. aku tak nak dah buat pinjaman apa- apa lagi.. cukup ler rumah dan kereta jer..

Itu pun atas nasihat orang rumah aku... masuk jugak ler... so bermulalah kerja- kerja renovasi...

Lepas ni aku nak buat post- post spesifik untuk renovasi.. boleh ler aku upload mana- mana gambar yang ada..itu pun Insya Allah kalau diberikan kelapangan untuk aku buat post..

No comments:

Post a Comment

!-- nuffnang -->