Friday, December 18, 2009

Jangan Jadi "Typical Malay Businessman"

Jangan Jadi “Typical Malay Businessman” (TMB)..

Apa TMB ni? Pernah tak anda dengar perkataan ni? Saya rasa kalau anda selalu bercampur dengan ahli perniagaan, orang bank, konsultan, orang kerajaan yang selalu berurusan dengan ahli perniagaan, mesti mereka selalu dengar perkataan ni.

Saya sendiri sering dengar perkataan ni, dan saya sering sangat berjumpa dengan TMB ni. Kenapa catatan TMB ni merupakan catatan yang agak penting bagi saya? Sebabnya saya dah letih dan menyampah dengan TMB ni. “Tapi ku masih cekalkan hati kerana aku masih berjuang, dan ada misi yang penting di dalam perjuangan ku ini…”

Memandangkan kerja saya ni memang berjumpa dengan ahli- ahli perniagaan, jadi saya seringlah terjumpa dengan mereka ni. Di sini saya akan terangkan lebih lanjut apakah itu TMB, sifat- sifat TMB, kesusahan yang TMB lakukan terhadap bangsa sendiri, pandangan bangsa lain terhadap TMB, dan juga cara- cara berdepan dengan orang TMB.

Saya tak akan habiskan catatan saya setakat ini sahaja, disebabkan faktor kesibukkan kerja, saya akan cuba tambah kisah TMB ni setiap hari, sebab terlalu banyak yang nak saya coretkan..

Ciri- ciri TMB

Cita- cita tinggi, tetapi malas berusaha

TMB ni selalunya bercita- cita tinggi, nak cepat kaya, nak bawa Mercedes, nak duduk rumah banglo mewah, ada orang gaji berbelas orang, boleh melancong ke mana- mana tanpa risau dan kebebasan kewangan. Salahkah ada impian? Aku menyusahkan orang ker? Jawapan saya: tidak salah pasang cita- cita dan angan- angan tinggi, biarlah melangit, bak kata orang Cina “Aim the sky, at least we get the cloud” (impikan terbang sampai ke langit, setidak tidaknya jika tidak sampai ke langit, kita pasti memcecah awan). Saya suka peribahasa ni dan saya sering simpan di dalam hati saya. Tetapi apa masalahnya? Masalahnya ialah kebanyakkan TMB ni bercita-cita besar, tetapi langsung tiada usaha, kalau ada pun sekerat jalan.


Semua Benda Nak Percuma

Lagi satu perangai TMB ni yang betul menyusahkan ialah nak segalanya percuma. Tak salah sebagai peniaga, peribahasa “Maximum Profits with Minimum Cost” (Untung Maksimum dengan Kos Yang Minimum), ini peribahasa orang Ekonomi. Benda ni memang patut diterima akal, tetapi peribahasa tu pun ada sebut “Kos”, maksudnya sesuatu yang kita kena keluarkan belanja, bukan percuma.

Pengalaman saya sendiri dah berjumpa dengan banyak sangat orang macam ni. Minta saya lakukan macam- macam kerja, buat kertas kerja, minta saya hadir ke dalam mesyuarat bersama pelanggan mereka agar mereka nampak hebat, tetapi semuanya tak nak bayar. Saya rasa kasihan pada mereka yang macam ni, mereka ni tak fikirkan kehidupan orang lain, pentingkan diri sendiri sahaja.


“Jaguh Kampung Dusun”

Lagi satu ciri TMB ni ialah berperangai seperti “Jaguh Kampung Dusun”. Kepada Orang Kampung Dusun, jangan marah kalau saya berkata begini, hanya perumpamaan yang saya ambil dari filem P Ramlee. TMB Kampung Dusun ni biasanya fikir bahawa dialah sahaja yang paling hebat, yang paling handal, dialah yang paling serba tahu, dan dialah segala- galanya, dan TMB yang jenis ini susah nak percayakan orang lain sampai nak berurusniaga pun akan memakan diri sendiri.

 
TMB Mudah Lupa Pada Janji

Bak kata Che Det: Melayu Mudah Lupa. Memang betul pun, saya setuju 100%. Kali ni saya kecilkan sedikit skop “Mudah Lupa” ni, Mudah Lupa Pada Janji. TMB ni kalau berjanji memang macam menongkah langit. Sebelum dapat apa- apa memang macam- macam lagi janjinya. Kebiasaannya bila dah dapat apa yang dia nak, dia lupa segala- galanya.

Saya sendiri pernah dijanjikan macam- macam. Yang nak saya katakan di sini, “kebanyakkannya di dalam hidup kita ni, peluang hanya datang sekali sahaja, dan jika peluang yang pertama kita lepas dan sia- siakan, peluang ke dua pasti tidak akan datang lagi.. pasti..”

Sepanjang kerjaya saya ni, tidak ada lagi peniaga Melayu yang betul- betul pegang pada janji mereka. “KOSONG”. Hampanya saya. Nak tolong bangsa sendiri pun susah. Inilah nawaitu saya masa berhenti kerja di bank dulu. Nak bangunkan bangsa saya supaya jadi peniaga yang boleh bertanding dengan bangsa lain, sebabnya masa saya bekerja dibank dahulu, lebih 90% ada pelanggan saya bukan berbangsa Melayu, saya banyak pelajari selok belok perniagaan mereka, strategi mereka, rahsia mereka, dan saya perhatikan, bahawa mereka tiada keistimewaan lain yang Tuhan bagi pun, Cuma ikhtiar mereka sahaja yang berbeza. Akal, fizikal, segalanya, cukup Tuhan Yang Maha Adil beri kepada kita orang Melayu.

Perjuangan saya belum selesai… Kita sambung lagi nanti..

Salam Bangsaku!

Kepada sahabat- sahabat ku sekelian..

Tujuan saya membuka blog ini adalah untuk meluahkan apa yang sering bermain di minda dan hati nurani saya terhadap bangsa Melayu kita sekarang.. inilah Melayu Generasi ku.. catatan ini saya luahkan melalui pengalaman saya sendiri.. atau pengalaman teman- teman saya.. terhadap perkara- perkara yang berlaku.. dan sebagainya.. yang penting.. saya berniat agar blog ini boleh dijadikan panduan kita semua termasuk untuk diri sendiri..

Saya adalah seorang penasihat syarikat di dalam sektor kewangan dan nasihat korporat (Fund Raising and Corporate Advisory). Melalui pengalaman saya sendiri.. saya ingin berkongsi pengalaman dan panduan.
Saya juga akan paparkan apa apa sahaja yang saya fikir berguna untuk kita semua berkongsi..
!-- nuffnang -->