Sunday, February 13, 2011

Apabila Harga Rumah Melambung

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lama nampaknya saya tinggalkan blog saya, menyepi kerana kesibukan kerja.. Saya rasa topik hari ni agak patut saya keutarakan, demi generasi kita semua. Saya tak mahu lihat yang jauh, cukuplah contoh di tempat saya tinggal, tetapi saya rasa di mana- mana juga apabila ada arus pembangunan akan mengalami fenomena yang sama.

Saya tinggal di Bandar Baru Bangi, di Bangi ni pembangunan hartanah memang agak agresif. Mungkin disebabkan lokasi yang strategik, terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, Putrajaya, dan terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang amat berhampiran di sini, UKM, UNITEN, UNIKL, UNITEN, dan sebagainya. Tambahan pula kakitangan kerajaan juga banyak di sini sebab harga tanah yang jauh lebih murah dari harga tanah di Putrajaya. Hampir saya lupa, kawasan perindustrian dan perkilangan yang banyak di sini juga turut menyumbang kepada pembangunan kawasan Bandar Baru Bangi.

Rata- rata, harga rumah dua tingkat di sini semuanya dah melebihi RM300,000. Rumah apartment di sekitar RM130,000 hingga RM180,000. Rumah teres setingkat atau kos rendah memang dah tiada. Kalau ada mungkin pemilik akan menjual sekitar RM150,000.

Untuk lot komersial pula, kebanyakkannya melebihi sejuta ringgit. Dari segi mata mereka yang berduit, Bandar Baru Bangi adalah sebuah tempat yang amat baik untuk pelaburan hartanah. Bayangkanlah, seorang kawan saya awal tahun dua tahun lepas membeli sebuah lot kedai berharga RM650,000, awal tahun ni harganya mencecah RM1.4 juta! Ada juga rumah yang tahun lepas berharga RM480,000, tetapi selepas 2 tahun sahaja harganya sekarang sudah mencecah RM1 juta.

Apabila melihat fenomena harga harta tanah yang melambung macam goreng pisang panas ni, terdetik di hati saya, siapa yang mampu beli harta tanah pada harga yang sedemikian? Siapa yang menetapkan kenaikan harga yang gila-gila ni? Apa kesannya pada sosial?

Untuk menjawab siapa yang mampu, pasti orang kaya yang suka mengumpul harta, sewakan kepada penyewa yang mampu. Disebabkan harga rumah yang mahal, maka sewa harus mahal, paling kurang untuk membayar bayaran bulanan pinjaman bank. Maka, kos hidup bertambah tinggi, untuk para pelajar- pelajar yang menyewa rumah, pekerja- pekerja kilang, mereka yang baru sahaja masuk ke dunia pekerjaan (fresh graduates), mereka anak- anak muda yang baru berkahwin pasti ini sesuatu kesusahan. Cuba bayangkan, contohnya fresh graduates yang baru bekerja, berapa gaji mereka? RM1,800? Katalah RM2,000 pun, mampu ke mereka ni nak beli rumah? Jawapan saya jangan harap. Hidup di bandar ni kalau gaji RM5,000 pun jangan harap nak beli rumah. Itu pasal saya tak hairan ada kawan yang berumur 45 tahun, anak ada dua orang dan berkerja gaji lima angka pun masih tak mampu beli rumah.

Kesannya dah saya nampak sekarang ni di Bangi. Banyak peniaga- peniaga buka sesebuah kedai tidak bertahan lama. Dengan sewa yang agak mahal, peniaga- peniaga harus bekerja keras untuk memastikan kos sewa mampu ditampung, malangnya, ramai yang tertewas.

Bagi saya, isu rumah ni sewajarnya Kerajaan ambil tahu secara serius kerana ia adalah keperluan hidup. Kita semua perlukan rumah. Anak- anak kita apabila membesar kelak mereka juga perlukan rumah. Tetapi, apakah nasib  anak- anak kita bila harga rumah yang tak pernah turun. Mampukah mereka nak beli rumah nanti? Apakah hanya golongan tertentu sahaja yang mampu beli rumah kemudian mereka mengaut keuntungan tanpa hadnya. Takkan anak- anak kita nak sewa rumah sampai tua?

Bukannya saya bersikap racist, tetapi untuk menjawab soalan- soalan yang saya tanya di atas, kebanyakkan property komersial di Bangi ni kepunyaan Ah Chong, Ah Wei, kalau ada yang Melayu pun, asyik- asyik orang yang sama..

Apa yang perlu Kerajaan lakukan?

Di dalam usaha meningkat pemilikan rumah ini, saya sarankan agar Kerajaan mengadakan suatu program pemilikan rumah mampu milik untuk rakyat- rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Usaha ini saya sarankan tidak hanya ditanggung oleh Kerajaan, tapi harus ada usahasama dengan pihak swasta. Jadi, tidaklah pihak kerajaan terbeban untuk melaksanakan sesuatu yang baik untuk rakyat. Sebagai contoh, saya puji langkah kerajaan Negeri Sabah, di bawah Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar Sabah (LPPB), yang baru- baru ini mengumumkan kerjasama dengan pihak swasta, iaitu syarikat Probil Sonati Development Sdn. Bhd., untuk membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat Sabah. Saya difahamkan rakyat Sabah memerlukan lebih kurang 50,000 rumah. Ramai yang masih tinggal di kawasan setinggan walaupun mampu memiliki rumah. Saya sebagai salah seorang penasihat kepada pihak swasta yang menjalankan projek ini memang memuji langkah ini. Bukan sebab saya terlibat, tetapi ada sesuatu untuk rakyat dan nampaknya kerajaan Sabah terutamanya LPPB harus dipuji di atas usaha murni mereka ini. Inilah yang dinamakan Perkongsian Pintar di dalam menggembleng kekuatan kerajaan dan sumber swasta bersama demi faedah bersama.

Bagaimana kerajaan negeri yang lain? Percayalah cakap saya, mana- mana kerajaan negeri yang berani mengambil langkah bijak seperti Kerajaan Sabah ni pasti akan memerintah lebih lama.. Kepada pemimpin- pemimpin semua, kalau ada ada yang terbaca tulisan saya ni, saya pasti anda sedang duduk di dalam rumah yang besar dan selesa, kebanyakkannya mewah.. bayangkanlah anda berada di tempat mereka yang anak ramai, rumah sempit, bilik tak cukup, rumah sewa pula, apa perasaannya? RUMAH ITU SUATU KEPERLUAN.. Fikir- fikirkan lah..
!-- nuffnang -->