Thursday, August 18, 2011

Ramadhan Al Mubarak

Assalammualaikum..

Entry kali ni simple aje.. sekarang ni bulan Ramadhan tahun 2011, hari ni hari yang ke 19 berpuasa..

Tujuan entry ni nak buat kenangan.. manalah tau esok esok aku dah tua boleh ingat balik.. insha Allah kalau dipanjangkan umur oleh Allah SWT..

Hari ni aku tak berbuka puasa dengan family, ada berbuka dengan golfers' friends di Crowne Plaza.. food not bad.. about 20 of them.. Megat (KFH), Roslan (BKRM), Rashid (BIMB), Najib (KFH), Don (AlRajhi), Amir (BKRM), Danny, Victor, Razmi (Can One), Kamal Lawyer, Kamal Puspakom, Dato Khalid (DRB), Dato Fong (Sinmah), Badik (MIDF), Macha, Alvin, dan tak ingat dah sape lagi.. it was fun meeting them.. on the way balik nampak Impiana Hotel siap ada durian lagi.. yang best ada Baskin Robin ais krim "eat all you can" (ni promo ni ucop..hehehe)

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk aku dan kamu semua, dilipatgandakan pahala oleh Allah SWT dalam semua ibadat..

Amin ya rabbal alamin..

Rizal Hakim

Saturday, March 12, 2011

Gempa Bumi & Tsunami di Jepun

March 12, 2011


Gempa Bumi dan Tsunami Paling di Jepun

Semalam adalah hari yang agak sedih bagi warga Jepun dan juga dunia kerana negara matahari terbit ni sekali lagi dilanda gempa bumi lebih kurang 8.9 skala ritcher, yang terbesar dalam sejarah Jepun selepas 150 tahun.




NONE
 NONE

Jadi, berhati-hatilah jangan kita ke pantai sebabnya amaran telah pun dikeluarkan, terutamanya buat teman- teman di Sabah. Kesan Tsunami mungkin akan turut dirasai. Saya doakan agar Negara kita Malaysia ni selamat dari sebarang bencana dan malapetaka.

Banyak sahabat- sahabat saya berkata “itulah dunia dah akhir zaman ni…”

Aku teringat juga semasa peristiwa Israk Mikraj di mana Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W., di mana semasa baginda diangkat ke langit oleh Malaikat Jibrail, selepas bertemu dan melihat dengan pelbagai peristiwa semasa di dalam perjalanan, terlihat juga Baginda seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

                                 

Jadi, sebenarnya amatlah tua dunia ini, sejak zaman Rasulullah lagi sudah begitu keadaannya.. bagaimana sekarang? Wallahualam.. Allah lebih mengetahui.. Sesungguhnya kiamat itu benar..

Lihat juga surah ini, setiap kali aku dengar, memang amat menginsafkan diri aku yang hina disisi Allah Pencipta dan Raja Sekelian langit dan Bumi..


Semoga Allah ampunkan dosa- dosa kita sekalian umat…

Allahu Akhbar!

Rizal Hakim

Tuesday, March 1, 2011

MPKj To Take On Waste Collection

Saya amat bersetuju sekiranya monopoli pengurusan sampah ni diberi semula kepada pihak PBT memandangkan prestasi pengurusan sisa pepejal yang sedia ada agak kurang memuaskan. Terdengar juga rungutan rakan- rakan yang menyalahkan pihak PBT apabila sampah tidak terkutip, rumput tak terpotong dan tahap kebersihan kawasan taman yang seperti tidak terurus.

Kesianlah PBT, walaupun bukan mereka yang buat kerja, tapi mereka yang menjawab, dah lah PBT yang bayar, mereka yang dipersalahkan, malah mereka juga yang turun padang bertemu penduduk. Jadi, alang- alang kena marah, biarlah PBT uruskan sendiri. Mungkin akan lebih efisien. Kita lihatlah perubahan nanti. Cuma cabaran yang saya rasa PBT di Selangor ni kena hadapi ialah bagaimana ingin berhadapan dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2007 dan Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal 2007 yang telah diluluskan kabinet dan Kerajaan Pusat. Memandangkan Selangor di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat, mungkin akan ada sedikit cabaran. Harap tidak di politikkan kerana ini adalah demi kepentingan rakyat sejagat.

Saya sebagai seorang warga Bandar Baru Bangi, saya hanya mahu yang terbaik memberikan perkhidmatan..

Rizal Hakim

By OH ING YEEN


ingyeen@thestar.com.my

THE Kajang Municipal Council (MPKj) is expected to begin its pilot project on solid waste collection by June.

At the council’s February full board meeting, MPKj president Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman announced that the state government had approved the council’s proposal to undertake the project.

“We will be in charge of 30% of the waste collection in Kajang while Alam Flora will be responsible for the remaining 70%, and we will take over gradually.

“A total of RM9.4mil has been allocated for MPKj to set up a subsidiary company to manage waste collection,” he said.

In it goes: MPKj will need 46 trash compactors for solid waste collection.


Hassan added that the council would be in charge of solid waste collection in 23 zones out of the 77 in the municipality. The zones have yet to be identified.

“Next week we will meet the Solid Waste Management Corporation (PPSPPA) for a discussion,” he said.

A trash compactor costs RM250,000 and 46 is needed.

“We will need a driver and three workers for each compactor. By June, we should be ready to take over the task,” he said.

Solid waste collection is a long-standing issue in MPKJ.

The council has been discussing it at almost every full board meeting and public complaints meetings.

In StarMetro’s report (MPKj ranked the worst council for waste management Oct 2, 2009), Kajang assemblyman Lee Kim Sin said at one of the full board meetings that the MPKJ was ranked the worst council in terms of waste management in a survey by the website merdekareview.com.





Sunday, February 13, 2011

Apabila Harga Rumah Melambung

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lama nampaknya saya tinggalkan blog saya, menyepi kerana kesibukan kerja.. Saya rasa topik hari ni agak patut saya keutarakan, demi generasi kita semua. Saya tak mahu lihat yang jauh, cukuplah contoh di tempat saya tinggal, tetapi saya rasa di mana- mana juga apabila ada arus pembangunan akan mengalami fenomena yang sama.

Saya tinggal di Bandar Baru Bangi, di Bangi ni pembangunan hartanah memang agak agresif. Mungkin disebabkan lokasi yang strategik, terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, Putrajaya, dan terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang amat berhampiran di sini, UKM, UNITEN, UNIKL, UNITEN, dan sebagainya. Tambahan pula kakitangan kerajaan juga banyak di sini sebab harga tanah yang jauh lebih murah dari harga tanah di Putrajaya. Hampir saya lupa, kawasan perindustrian dan perkilangan yang banyak di sini juga turut menyumbang kepada pembangunan kawasan Bandar Baru Bangi.

Rata- rata, harga rumah dua tingkat di sini semuanya dah melebihi RM300,000. Rumah apartment di sekitar RM130,000 hingga RM180,000. Rumah teres setingkat atau kos rendah memang dah tiada. Kalau ada mungkin pemilik akan menjual sekitar RM150,000.

Untuk lot komersial pula, kebanyakkannya melebihi sejuta ringgit. Dari segi mata mereka yang berduit, Bandar Baru Bangi adalah sebuah tempat yang amat baik untuk pelaburan hartanah. Bayangkanlah, seorang kawan saya awal tahun dua tahun lepas membeli sebuah lot kedai berharga RM650,000, awal tahun ni harganya mencecah RM1.4 juta! Ada juga rumah yang tahun lepas berharga RM480,000, tetapi selepas 2 tahun sahaja harganya sekarang sudah mencecah RM1 juta.

Apabila melihat fenomena harga harta tanah yang melambung macam goreng pisang panas ni, terdetik di hati saya, siapa yang mampu beli harta tanah pada harga yang sedemikian? Siapa yang menetapkan kenaikan harga yang gila-gila ni? Apa kesannya pada sosial?

Untuk menjawab siapa yang mampu, pasti orang kaya yang suka mengumpul harta, sewakan kepada penyewa yang mampu. Disebabkan harga rumah yang mahal, maka sewa harus mahal, paling kurang untuk membayar bayaran bulanan pinjaman bank. Maka, kos hidup bertambah tinggi, untuk para pelajar- pelajar yang menyewa rumah, pekerja- pekerja kilang, mereka yang baru sahaja masuk ke dunia pekerjaan (fresh graduates), mereka anak- anak muda yang baru berkahwin pasti ini sesuatu kesusahan. Cuba bayangkan, contohnya fresh graduates yang baru bekerja, berapa gaji mereka? RM1,800? Katalah RM2,000 pun, mampu ke mereka ni nak beli rumah? Jawapan saya jangan harap. Hidup di bandar ni kalau gaji RM5,000 pun jangan harap nak beli rumah. Itu pasal saya tak hairan ada kawan yang berumur 45 tahun, anak ada dua orang dan berkerja gaji lima angka pun masih tak mampu beli rumah.

Kesannya dah saya nampak sekarang ni di Bangi. Banyak peniaga- peniaga buka sesebuah kedai tidak bertahan lama. Dengan sewa yang agak mahal, peniaga- peniaga harus bekerja keras untuk memastikan kos sewa mampu ditampung, malangnya, ramai yang tertewas.

Bagi saya, isu rumah ni sewajarnya Kerajaan ambil tahu secara serius kerana ia adalah keperluan hidup. Kita semua perlukan rumah. Anak- anak kita apabila membesar kelak mereka juga perlukan rumah. Tetapi, apakah nasib  anak- anak kita bila harga rumah yang tak pernah turun. Mampukah mereka nak beli rumah nanti? Apakah hanya golongan tertentu sahaja yang mampu beli rumah kemudian mereka mengaut keuntungan tanpa hadnya. Takkan anak- anak kita nak sewa rumah sampai tua?

Bukannya saya bersikap racist, tetapi untuk menjawab soalan- soalan yang saya tanya di atas, kebanyakkan property komersial di Bangi ni kepunyaan Ah Chong, Ah Wei, kalau ada yang Melayu pun, asyik- asyik orang yang sama..

Apa yang perlu Kerajaan lakukan?

Di dalam usaha meningkat pemilikan rumah ini, saya sarankan agar Kerajaan mengadakan suatu program pemilikan rumah mampu milik untuk rakyat- rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Usaha ini saya sarankan tidak hanya ditanggung oleh Kerajaan, tapi harus ada usahasama dengan pihak swasta. Jadi, tidaklah pihak kerajaan terbeban untuk melaksanakan sesuatu yang baik untuk rakyat. Sebagai contoh, saya puji langkah kerajaan Negeri Sabah, di bawah Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar Sabah (LPPB), yang baru- baru ini mengumumkan kerjasama dengan pihak swasta, iaitu syarikat Probil Sonati Development Sdn. Bhd., untuk membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat Sabah. Saya difahamkan rakyat Sabah memerlukan lebih kurang 50,000 rumah. Ramai yang masih tinggal di kawasan setinggan walaupun mampu memiliki rumah. Saya sebagai salah seorang penasihat kepada pihak swasta yang menjalankan projek ini memang memuji langkah ini. Bukan sebab saya terlibat, tetapi ada sesuatu untuk rakyat dan nampaknya kerajaan Sabah terutamanya LPPB harus dipuji di atas usaha murni mereka ini. Inilah yang dinamakan Perkongsian Pintar di dalam menggembleng kekuatan kerajaan dan sumber swasta bersama demi faedah bersama.

Bagaimana kerajaan negeri yang lain? Percayalah cakap saya, mana- mana kerajaan negeri yang berani mengambil langkah bijak seperti Kerajaan Sabah ni pasti akan memerintah lebih lama.. Kepada pemimpin- pemimpin semua, kalau ada ada yang terbaca tulisan saya ni, saya pasti anda sedang duduk di dalam rumah yang besar dan selesa, kebanyakkannya mewah.. bayangkanlah anda berada di tempat mereka yang anak ramai, rumah sempit, bilik tak cukup, rumah sewa pula, apa perasaannya? RUMAH ITU SUATU KEPERLUAN.. Fikir- fikirkan lah..
!-- nuffnang -->