Wednesday, June 16, 2010

Rumah Oh Rumah..

Hari ni penat jugak ler selepas ke sana sini, meeting, jumpa client, jumpa bankers, then pergi rumah aku yang tengah under construction tu.. seronok jugak bila tengok kerja renovation berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah..

Kali ni aku nak tulis benda yang dah lama aku nak tulis.. cuma kesuntukkan masa jer.. Sekarang ni aku tengah buat renovation rumah aku.. Sejarah rumah ni panjang ceritanya.. Aku beli rumah ni dah lama dah.. Tarikh aku beli rumah ni 1.11.2007.. Mula mula bayar booking RM1000.. Keputusan nak beli rumah ni dibuat dengan wife aku.. rasanya kejap jer.. call agent, then masuk rumah tengok then berkenan then bayar deposit.. masa tu langsung tak pikir cukup ker idok pulus nak masuk rumah.. but we both just being gang ho.. beli jelah.. esok-esok pandai ler aku nak cari duitnyer.. Alhamdulillah walaupun proses tu taklah berapa smooth.. tapi akhirnya dapat gak aku nak masuk rumah ni.. selepas 2 tahun lebih aku kumpul duit sikit then dapat start dah.. bukan apa.. aku tak nak dah buat pinjaman apa- apa lagi.. cukup ler rumah dan kereta jer..

Itu pun atas nasihat orang rumah aku... masuk jugak ler... so bermulalah kerja- kerja renovasi...

Lepas ni aku nak buat post- post spesifik untuk renovasi.. boleh ler aku upload mana- mana gambar yang ada..itu pun Insya Allah kalau diberikan kelapangan untuk aku buat post..

Friday, June 11, 2010

FALSAFAH YANG AKU PEGANG DI DALAM HIDUP

Salam, lamanyer aku tak menulis dalam blog ni.. Sibuk sangat lately ni..

Kali ni aku nak tulis tentang falsafah yang aku pegang dalam hidup dan selalunya jadi sumber kekuatan dalam pekerjaan dan kehidupan aku..

1. "What goes around will comes around"
2. "Semua masalah yang aku hadapi dalam hidup ni bukanlah masalah bagi aku, tapi cabaran dan halangan yang mesti aku hadapi.. bukan lari"
3. "Semua masalah yang Allah beri tu mesti ada penyelesaiannya"
4. "Setiap kejadian yang Allah beri pada kita mesti ada sebab tersendiri.. bukan secara sengaja.. selalunya Allah nak selamatkan kita atau supaya kita ambil iktibar dari apa yang berlaku"
5. "Jangan mengeluh sebab tak menyelesaikan apa-apa pun"
6. "Kalau kita susah.. ada orang lagi susah dari kita"
7. "Jangan takbur dan bongkak setinggi mana kita pun.. Allah lagi Maha Kaya.. kita ni macam sebesar zarah jer.."
8. "Selalu berfikiran positif dan bersangka baik kepada semua orang sebab itu seumpama cermin.. kalau kita fikir orang negatif, jadi orang akan fikir kita pun sama jugak.. give a good aura then.."

Ada banyak lagi.. tapi yang kat atas ni antara yang selalu aku pegang bila berduka, bersedih, ada masalah.. so it is really good to keep me positive all the times.. selalunya tak lama.. sebab awan mendung tak selalunya tetap.. mesti akan ada angin yang akan tiup awan tu dan ia akan berlalu pergi.. then keluarlah sang matahari...

Love my life!

!-- nuffnang -->